Thursday, 29 November 2012

BESOK BESOK BESOK !


Hi ! Assalamualaikum !
Hari ni hari Jumaat and yeah sooo boring nak tunggu hari esok. Kenapa tunggu hari esok? Haha sebab esok nak pergi kelab malam enjoy the LEPASAN SPM wohoo!. Hehe esok nak cari kerja laa dengan kawan kawan. Tapi not sure lagi sebab diorang tu suka tangguh benci k benci *merajuk* Ok tak gurau je. Hmph yeah duduk rumah makan tidur tengok tv online basuh baju mandi. Itu jela kerja yang sama berulang ulang.

Alhamdulilah semalam LAST PAPER pendidikan seni visual. Lepas ni dah tak ada lagi PERGI SEKOLAH, BALIK SEKOLAH, GOSOK BAJU SEKOLAH AND ALL :( okay thats just make me sad. I'll miss my friends more than my teachers. Haha gitu pulak. Well ofcourse i'll miss those teachers, yang garang yg baik yg cantik yg gatal yg mementingkan disiplin yg selalu pegang rotan. Arggh all ! All ! I'll miss them all :(

Okay sooo starting besok, bersamaan Hari Sabtu, 1 December 2012, aku rasa macam nak hang out dengan kawan kawan aku pergi cari kerja. Sebab duduk rumah pun tak buat apa. Teringin nak rasa macam mana susahnya mak bapak kita cari duit kan. Nak juga rasa penatnya tu macam mana. Atleast berbaloi jugak semua penat tuu bila dapat PAYMENT !! WUHHUU ! *actually aku cuma fikir itu, DUIT bebb DUIT!*

Kalau ikut taste aku laa kan *lain org lain pendapat la weh, jangan nak bash sgt* , aku taknak laa kerja kilang. TAK NAK. Sebab kena pergi kerja pagi pagi pukul 5 dah kene bangun. Aku ni dahlah macam Owl City. Tak maksud aku tu, macam Owl burung hantu tu. Tidur lewat. Lagi laa kalau dah habis sekolah ni, jangan harap pukul 11 dah lentok macam selalu. Tidur pukul 3 bangun pukul 10. Haa baru caraaa! Hm kalau boleh tak nak laa kerja kilang sbab aku tahu mesti ramai mamat mamat kilang and bangla bangla nepal myanmar philliphine *tktahu eja philihphienen arrgh whatever lah!* ada kerja kat situ. Tak suka beb serius. Hey bukannya aku bajet ok. Ya memang aku bajet pun. Bajet 2013 aku, aku taknak ada random people yg kacau hidup aku. Okay? Mak Jemah dah penat. Mak Jemah nak berubah. Barulah ada TRANSFORMASI.  Puih. Ok sambung.

Then kalau boleh biarlah kerja dekat dekat sikit. Tak ada nak nyusahkan parents aku memikirkan ape benda laa yg anak diorang buat sampai nak kerja jauh jauh an. Hmm tapi masalahnya..

AKU TAK TAHU NAK KERJA MANA, KERJA APAAA ???!!!


Thats why besok aku ajak kawan kawan pergi cari kerja. Bila besok tak jadi, THEN BILA LAGI? Kan? Besok dah December. Result kuar bulan 3. Huihh nanti pejam celik pejam celik celik celik pejam celik, hah kan dah bulan March 2013. Masa berlalu pantas tau! Kita kena maju ke hadapan dngan pantas jugak. Hah kan dah buat ceramah.

Okaylah nak cerita tu je. Malas la nak cerita pasal lain.

p/s; kawan, kau jgn laa marah aku lagi. maafkan aku eh? :( aku ni hanya insan biasa yang comel lagi cantik. adoiih maafkan aku laaaa ! :(


ASSALAMUALAIKUM,
Lynn. Xx

No comments:

Post a Comment